Adik ipar telah melahirkan seorang anak lelaki di Hospital Serdang malam Khamis lepas. Adik lelaki saya baru je fly to Sabah hari tu so saya telah menjadi ‘bilal’ terjun untuk meng’azan’kan baby baru tu.
Citer lain pulak, saya telah order 4 buku di Kinokuniya Malaysia, they have problem finding the books so its been delayed for a few days now. The four books are:
- Al-Maqasid: Nawawi’s Manual of Islam
- Reliance of the Traveler
- The Message of the Qur’an
- Al-Ghazali Deliverance From Error & The Beginning
Lama dah teringin nak beli The Message of the Qur’an. First Kinokuniya called cakap buku ni dah takde tapi ada published baru punya and harga tambah kurang RM10 so kira OK la. At last, dapat gak buat collection hahaha.
Oh ya korang mungkin tertanya kenapa Kinokuniya dan bukan MPH? Well, I prefer Kinokuniya coz service dia lagi best. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya beberapa tahun dulu masa try beli dari MPH, buku yg sampai buku lama, cover pun dan agak rosak sikit. Kalau Kinokuniya, derang akan call dulu kalau buku yg nak dihantar tu ada flaw. Sebagai contoh, ada satu buku tu cover dia comot sikit macam tompok hitam. So derang call bagitau still nak buku tu ke pasal tinggal satu jek. Saya kata OK and bile dapat buku tu, tak nampak sangat pun stain tuh.
Second experience is masa beli buku lain several years ago, cover buku yg nak beli tu agak terkoyak sikit and that was the last stock yg derang ada. So derang offer untuk balut ngan plastic cover for free, and saya accept. Bila dapat, tak nampak pon tempat yg koyak tu. Oleh sebab tu, pada saya service Kinokuniya memang superior dari MPH. To be fair, experience beli kat MPH tu dah lama dah jadi tak tau sekarang service dia camne…